25 August 2017

Kaklong Merdeka Givaway!

http://www.kaklongchan.com/2017/08/kaklong-merdeka-giveaway_23.html
Giveaway sehingga 31 August 2017

Jom sama2 memeriahkan GA ni!

Mcdonald D24 Durian McFlurry Review

Assalamualaikum semua!

Wow pagi yg indah sbb semalam berjaya beratur panjang kat McD semata-mata nak rasa D24 Durian McFlurry! Hahah sarcastic sungguh!

Ni antara promosi terbaru Mcdonald yg Cik ra rasa agak hot la sampai McDonald Kampar semalam berpusu-pusu org beratur termasuk la drive thru nye! Berderet-deret kereta. Tapi en suami gagahkan jugak la beratur sebab Cik Isteri yg nak sgt makan..hehe


 ok ni gambar promosi nye ye..mmg nampak melazatkan kan! 





Yg ni pulak "back to REALITY" hehe still nampak sedap..for info bekas yg digunakan adalah dlm bekas McFlurry biasa tu.

Bagi penggemar DURIAN macam Cik Ra ni..rasa nya quit good! Topping atas nye durian & mix dgn aiskrim vanila. Topping durian nye pun ade sedikit isi durian.
Kalau ikut tekak Cik Ra ni yg acah2 tekak Melayu + Mamak + Jawa ni rasanya boleh diterima cuma agak terlampau manis topping durian nye. (Nama pun desert sure la manis kan? cehh) 

Suapan yg pertama agak "Wow"..tapi bila masuk suapan ke 5 tekak mula rasa lain macam mungkin sbb topping durian yg terlalu manis. Maybe bagi penggemar makanan manis it will taste good. Cuma while makan ni Cik Ra standby mineral water la. So kurang sikit rasa muak.

Dengan harga RM 7.99 Cik Ra rasa ok la for a try. Rasa nye masih lagi sedap..Anak-anak pun suka. So for those yg nak try bole la try ye..especially for durian lovers. Mmg kuat rasa durian nye!



 

 


23 August 2017

Sebelum vs Selepas Berkahwin





Assalamualaikum semua!

Entry kali ni Cik Ra cuma nak share pandangan Cik Ra mengenai hubungan sebelum & selepas berkahwin ni.. Al maklumlah..selalunya drama2 melayu ni endingnye kahwin setelah mengharungi zaman bercinta yg penuh pancaroba. Acecewaah bermadah pujangga pulekk! Tapi sebenarnye dugaan & cerita sebenar kisah itu adalah bermula setelah kita berkahwin. Betul tak? Kehidupan selepas berkahwin lebih menarik & penuh liku2 yg perlu pasangan itu tempuhi. Selepas berkahwin jugalah kita akan tahu "True Colors" pasangan masing2.

Cik Ra citer ni bukan la bmksd selepas kahwin tu x seronok..xde manisnye..eh..lps kahwin la rasenye rasa SAYANG & CINTA tu lebih mendalam pd pasangan bbanding sblm kahwin..cewahhh

Ye la..selepas berkahwin la kita berkongsi semua perkara dengan pasangan kita. Susah senang suka duka semuanya harus bersama. Jujur Cik Ra katakan lepas Cik Ra kahwin ni semua benda Cik Ra nak buat mesti ada husband. Kalau keluar husband x ikot pun rasa macam x complete je! Haha Uwerkk

Tp bg Cik Ra selepas kahwin ni kita tafsir CINTA tu lebih dari sekadar perasaan cinta kekasih kpd kekasih. Kalau masa bercinta kita lebih kepada unt menyayangi & disayangi. Perlukan perhatian sepenuhnya drpd pasangan & mengharapkan hanya yg manis2 sahaja.  Tapi apabila berkahwin ianya lebih kepada KOMITMEN & JANJI..Ye CINTA itu masih wujud malah setelah berkawin kita terjemah CINTA itu lebih kuat berbanding sebelum berkahwin but it comes together with Commitment & Promises! 

Komitmen pada rumahtangga yg kita bina & juga cara bagaimana kita nak kukuhkan hubungan suami isteri. Selepas ada anak, komitmen unt membesarkan anak2 pula..Cik Ra rasa kehadiran anak2 sememangnya keseronakkan utama dlm rumahtangga Cik Ra. Tapi disebalik keseronokkan itu tersembunyi seribu cerita susah & senang juga dugaan yg perlu ditempuhi pasangan itu tempuhi.

Itu belum cerita kesusahan jika pasangan berdepan masalah. Samaada masalah kewangan, keluarga, pekerjaan, kawan2 atau mcm2 lagi masalah lain yg kadang2 membawa kepada "stress" sehingga mengganggu perjalanan rumahtangga. Ye la kdg tu balik dr kerja stress dgn kerja, sampai dirumah anak2 merengek nak itu ini. Wow mmg menguji kesabaran! Belum ditambah dengan kemahuan partner yg juga memerlukan perhatian.

 

Itu belum diselit dengan cerita2 sentap menyentap ni! Hehe adatlah dlm rumahtangga. Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula suami isteri! :) 

Setelah berkahwin juga kita terikat dengan JANJI.  Ya JANJI sebelum berkahwin supaya kita sama2 mengharungi susah mahupun senang. BERJANJI setia bsama pasangan kita. JANJI itulah yg setiap pasangan perlu ingat & pegang supaya rumahtangga kita akan sentiasa aman & bahagia. 



Macam berpengalaman sgt la Cik Ra ni bab2 berkahwin ni! Hahah 
Apa yg Cik Ra kongsikan ni hanyalah pandangan Cik Ra. Jika ada yg tersalah silap Cik Ra mintak maaf ye..

Nnt la kita sambung lagi..:)






.

21 August 2017

ATIEHILMI.COM FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH



http://www.atiehilmi.com/2017/08/atiehilmicom-first-giveaway-ukhwah-kita.html

ATIEHILMI.COM FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH

Best2 jugak hadiah nye! hehe jom same2 kita support ye :) 

Giveaway Blog Bycikrenex



http://renex89.blogspot.my/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html

Moh kita sama2 join!

Tarikh tutup penyertaan : 24 September 2017.

17 August 2017

"Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com"

Assalamualaikum
Hai korang. Kisahsidairy.com sedang mencari lebih 10 orang pemenang untuk memenangi Wang Tunai, Voucher, Top up dan barangan lain .Jom pakat Join Giveaway yang mudah ini.

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

Giveaway berlangsung bermula 16 OGOS sehingga 29 Ogos 2017

JOM JOIN GIVEAWAY NI BERAMAI-RAMAI, PAKAT SHARE UNTUK MEMERIAHKAN LAGI GIVEAWAY INI.


Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com






Assalamualaikum dan salam sejahtera


Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com bermula pada jam 12.00 malam 10 Ogos 2017 sehingga 11.59 malam 30 Ogos 2017. Menawarkan pelbagai hadiah yang lumayan dan menarik untuk dimenangi oleh para peserta.
Semua blogger dijemput untuk menyertai giveaway ini.

Syarat - syarat :-
  • Follow Blog Sponsor

  • Like Fanpage

  • Add To Circle Sponsor
  • Follow Instagram Sponsor

  • Follow Twitter Sponsor
  • Buat entri bertajuk Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri.
  • Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI



17 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada
1 September 2017


Sekian , terima kasih




16 August 2017

"TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY"




GA Tengkubutang

Assalamualaikum semua! 

Jom kita semua join GA ni ye..Mne tau rezeki..hehe

GIVEAWAY terbuka kepada semua rakan blogger di Malaysia. GIVEAWAY bermula pada hari ini, 08hb Ogos 2017, iaitu tepat jam 01.20 tengahari sehingga 31hb Ogos 2017 (jam11.59 malam).



15 August 2017

"Giveaway by LZ"



http://ladyinredplanner.blogspot.my/2017/08/jom-sertai-giveaway-by-lz.html
Assalamualaikum semua!
 
Jom reramai join GA ni ye!
 
Due Date - 31 Ogos 2017
 
Nak tahu apa hadiah nye? Wow wow wow klik je banner atas tu ye :)
 
"Pendapat Mengenai Blog Lady In Red Planner"
 
"Elegant & Compact" 
Susun atur blog yg simple & bersih + Info & sharing yg berguna!  

Terim Kasih!
 
 

08 August 2017

Anak Lambat Bercakap

Assalamualaikum semua. 

Lama rasanya tidak berkongsi entry baru di blog ni. Berhabuk sudah! :) 

This time saya nak share pengalaman sendiri anak pertama saya yg mempunyai masalah lambat bercakap. 




Tidak seperti kanak-kanak biasa lain kebolehan Aisyah untuk bertutur dan berkomunikasi dengan orang lain adalah agak lewat. Ketika saya menulis entry ini dia berusia 3 tahun 7 bulan. 

Saya dan suami perasan akan kelemahan ini ketika Aisyah berusia 2 1/2 tahun. Pada usia ini saya lihat kanak-kanak lain sudah mula bercakap dengan perkataan2 yg mudah walaupun pelat. Jumlah perkataan juga sudah seharusnya mencecah lebih daripada 10 perkataan. 

Tetapi Aisyah bukan sahaja tidak boleh menggunakan perkataan yg mudah malah juga masih tidak bole memanggil saya "Ibu". Ya, pada mulanya memang agak risau akan perkembangan dia. Tetapi sedapkan hati jugak bila family mertua & bapa saya sendiri kata "mungkin dia ni jenis yg lambat bercakap". 

Jika dia memerlukan sesuatu seperti nak susu atau nak makan dia hanya akan menunjukkan sign seperti letakkan jari ke mulut bermaksud dia mahu susu. Sudah banyak kali diajar tetapi dia hanya akan diam & angguk apa yang kita ajarkan. Memang pada mulanya agak stress & tertanya-tanya kenapa anak saya begitu? Anak orang lain elok je bercakap? 

Tapi saya silap..saya tidak harus sama sekali bandingkan anak saya dengan orang lain. Masing-masing ada kelebihan & kelemahan mereka sendiri.

Walaupun sudah bermacam cara & kaedah pembelajaran yg kami google & tanya pada orang yg lebih arif untuk pastikan Aisyah bercakap tapi kami masih gagal. 

Ketika usia Aisyah 2 tahun 8 bulan kami terjumpa ketulan di bahagian kelenjar Aisyah. Terus bawa dia ke klinik & doktor rujuk pada pakar di Hospital Besar Ipoh. Alhamdulillah doktor kata ketulan itu adalah normal tetapi masih perlu dipantau.  Cuma doktor agak risau dengan masalah pertuturan Aisyah yg masih tidak boleh bercakap pada usia dia sekarang. Doktor tersebut telah rujuk Aisyah pada Pakar Pertuturan. 

Bermulalah aktiviti baru kami berulang alik ke Hospital Besar Ipoh bagi menghadiri sesi temujanji dengan pakar tersebut. 

Selepas beberapa ujian dilakukan pada Aisyah, pakar tersebut juga risau akan masalah ini & Aisyah perlu teruskan rawatan ini lagi. Aisyah tidak bercakap apabila ditanya & hanya mengangguk kan kepalanya. Tetapi kelebihan Aisyah adalah dia aktif bermain & berinteraksi dengan orang lain walaupun tidak bercakap dalam bahasa kita. Dia mempunyai bahasa dia sendiri yg hanya dia sahaja yg faham. :)

Sehingga usia Aisyah mencecah 3 1/2 tahun barulah dia sikit demi sedikit mahu bercakap. Walaupun masih pelat tetapi banyak perkataan baru yg wujud darinya. Dia sudah pandai membina ayat sendiri & juga sudah pandai mengadu itu & ini. Alhamdulillah. Doktor menasihati kami supaya Aisyah sekolah lebih awal supaya dia bercampur dengan kanak-kanak lain bagi merangsang Aisyah untuk berkomunikasi. Inshaallah usia dia 4 tahun kami akan masukkan dia ke sekolah bagi tujuan ini.

Ya. memang benar. Ada istilah "Lambat Bercakap" ini. Sekarang kami lebih banyak merangsang Aisyah dengan banyak perkataan baru. Walaupun selalunya reaksi dia seperti "Ha? Ha? Ha?" Kami tetap akan ulang perkataan tu banyak kali sampai dia faham & boleh sebut. Kalau dulu diajar 1 perkataan pun dia tak nak buka mulut kini dia lebih mudah. 

Alhamdulillah. Perkembangan dia semakin positif dari hari ke hari. Selepas dia ada adik ni barulah nampak perkembangan yg drastik daripada dia. Semoga Aisyah membesar dengan sempurna & sihat. 

Jadi pada ibu bapa yg mempunyai anak seperti saya, jangan terlalu risau ye. Tetapi jika anak anda mempunyai masalah lain yg anda perasan, segeralah berjumpa dengan pakar. Mereka banyak membantu dalam menasihati terutama pada ibu bapa muda yg tidak mempunyai pengalaman lagi membesarkan anak.

Sampai disini sahaja.

Assalamualaikum :) 

   













Dapa 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faranina Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign