WeeklyFixPay

03 September 2017

GASTRIK Memang MENYAKITKAN !

Assalamualaikum semua! 
Selamat Sejahtera..

Syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan hari ini untuk menulis entry baru di pagi yg nyaman selepas menyambut hari raya Aidiladha.. 

Cuaca agak mendung diluar so anak2 masih tidur..ada lah sedikit ruang unt Cik Ra menulis. 

Unt post kali ni Cik Ra nak berkongsi sedikit pengalaman Cik Ra apabila diserang GASTRIK pertama kali selepas bersalin anak yg pertama. Sebelum ini memang tak pernah ada sejarah GASTRIK lagi walaupun keturunan GASTRIK ni memang ada. Arwah Mak & abah Cik Ra memang ada GASTRIK. Adik beradik semuanya ada GASTRIK! haha memang keluarga GASTRIK ni. 




Bagi orang yg mempunyai penyakit GASTRIK ini rasanya pasti akan tahu betapa sakitnya bila ia menyerang. Pernah Cik Ra terfikir rasanye lebih baik sakit bersalin drpd GASTRIK! haha sebab GASTRIK CIK RA agak kronik.

Jika diserang GASTRIK Cik Ra perlu sentiasa membongkok untuk mengurangkan kesakitan. Selain kerap muntah, pedih ulu hati & cirit birit Cik Ra juga akan hilang selera makan. Langsung tak boleh nak buat kerja lain. Asyik berulang ke toilet & mengerang kesakitan je!  Tidur apatah lg.. Memang langsung tak boleh tidur. Sgt mengerikan la kalau GASTRIK ni menyerang! 

Dulu pernah Cik Ra diserang Gastrik sehingga perlu pergi ke hosp untuk dapatkan injection tp masih jugak tak berhasil. Hampir 2 hari Cik Ra merana. Selepas itu suami bawa Cik Ra berjumpa seorang doktor di Bidor, Perak (Klinik Lim) & alhamdulillah baru berjaya. Tapi rasanya dos injection tu mmg kuat la.. Selepas injection tu kepala akan sgt pening & rasa nak muntah sgt. Alhamdulillah selepas beberapa jam sakit GASTRIK akan mula berkurang.

Sebelum berjumpa dgn doktor di KLINIK LIM tu bermacam-macam cara & iktiar la Cik Ra, suami & abah Cik Ra bantu. Suami pernah rebus pucuk betik yg rasanya Allahu pahitnye unt Cik Ra makan ketika GASTRIK. Makan oat & bubur nasi sahaja juga minum GAVISCON & Ubat Kapur berbotol-botol! Terpaksa jolok tekak unt muntah & sapu minyak panas2 kat perut. Tapi semuanya tak berhasil. Memang sgt2 stress sampai mlm2 Cik Ra menangis sebab tak tahan menanggung sakitnye. Haha

Selepas diserang GASTRIK suami Cik Ra akan selalu kawal masa makan Cik Ra. Bermulalah fasa berpantang semula! NO more makanan pedas & keras or liat! Haha husband will being so strict this time. Tp tu sume unt kepentingan Cik Ra jugak. Alhamdulillah dia sgt membantu jika Cik Ra jatuh sakit. Dia akan ambil alih semua hal rumahtangga dari jaga anak sampila ke basuh baju semuanya. Terima kasih bang! :)

Ni Cik Ra nak kongsikan sedikit TIPS yg Cik Ra sendiri amalkan untuk mengelakkan drpd GASTRIK menyerang kembali : 


1) MINUM SUSU PENUH KRIM (FULL CREAM) 

Selepas byk mengkaji pasal GASTRIK ni suami Cik Ra suggest Cik Ra perlu minum susu FULL CREAM any kind of brand boleh. Tapi biasanya suami akan belikan susu FULL CREAM Fernleaf.  YES Cik Ra rasa GASTRIK Cik Ra sgt berkurangan selepas Cik Ra amalkan minum susu ni. Jika terkena serangan GATRIK pun tak lah seteruk macam sebelum ni. Selalunya Cik Ra minum susu 2 kali sehari (Pagi + malam)

2) JAGA WAKTU MAKAN 

Bagi pesakit GASTRIK, waktu makan adalah sangat penting. Seboleh-bolehnya makan setiap 2 jam. Jgn biar perut anda kosong sampai kadang2 tu berbunyi2 atau terasa pedih.

3) ELAK makan makanan yg PEDAS

Elakkan makan makanan yg PEDAS terutamanya yg mengandungi CILI PADI. Jika terasa seperti perut anda kosong, jangan sesekali makan makanan yg PEDAS! Sekurang-kurangnya pastikan anda lapik perut anda dulu dgn susu atau makanan yg tidak pedas dahulu. 

4) ELAK makan makanan yg BERANGIN

Orang Melayu ni memang byk pantang dari segi makanan terutamanya makanan yg berangin. YES Cik Ra memang percaya. Sebab jika Cik Ra tersilap makan, pasti Cik Ra akan diserang GASRTRIK.

Contoh makanan berangin yg selalu Cik Ra akan kawal jika nak makan adalah seperti buah nangka, labu & pulut. 

Bole nak makan tapi beringat la..hahaha sebab takut sgt diserang GASTRIK lagi. Tapi bila makanan tu sedap memang kadang2 tu terlajak jugak! haha

5) Amalkan makan HALIA

Walaupun Cik Ra jarang jugak amalkan makan halia ni tapi kalau ada halia dalam masakan Cik Ra akan makan sedikit halia bagi membuang angin dalam badan. Juga boleh amalkan petua2 yg lain yg membantu membuang angin dalam badan ni. Inshaallah kita berusaha shaja.

6) ELAK minum minuman KAFEIN & berkarbonat ketika perut kosong

Bagi pesakit GASTRIK perlu dielakkan juga minum minuman ber KAFEIN & BERKARBONAT ketika perut kita kosong. Cik Ra memang paling cepat akan diserang GASTRIK jika minum kopi atau nescafe dipagi hari ketika perut kosong.


Ok ini sahajalah perkongsian Cik Ra buat kali ni. Diharapkan dapat membantu serba sedikit bagi pesakit2 GASTRIK ye..Jika anda mempunyai sebarang perkongsian mengenai GASTRIK ni silalah share sekali ye..Jumpa lagi dilain siaran.

Assalamualaikum..





Happy Giveaway by Mrs Pip ( 28/8/17 - 16/9/17 )



http://www.mrspip.com/2017/08/happy-giveaway



Jom sama2 join GA ni ye! 




25 August 2017

Kaklong Merdeka Givaway!

http://www.kaklongchan.com/2017/08/kaklong-merdeka-giveaway_23.html
Giveaway sehingga 31 August 2017

Jom sama2 memeriahkan GA ni!

Mcdonald D24 Durian McFlurry Review

Assalamualaikum semua!

Wow pagi yg indah sbb semalam berjaya beratur panjang kat McD semata-mata nak rasa D24 Durian McFlurry! Hahah sarcastic sungguh!

Ni antara promosi terbaru Mcdonald yg Cik ra rasa agak hot la sampai McDonald Kampar semalam berpusu-pusu org beratur termasuk la drive thru nye! Berderet-deret kereta. Tapi en suami gagahkan jugak la beratur sebab Cik Isteri yg nak sgt makan..hehe


 ok ni gambar promosi nye ye..mmg nampak melazatkan kan! 





Yg ni pulak "back to REALITY" hehe still nampak sedap..for info bekas yg digunakan adalah dlm bekas McFlurry biasa tu.

Bagi penggemar DURIAN macam Cik Ra ni..rasa nya quit good! Topping atas nye durian & mix dgn aiskrim vanila. Topping durian nye pun ade sedikit isi durian.
Kalau ikut tekak Cik Ra ni yg acah2 tekak Melayu + Mamak + Jawa ni rasanya boleh diterima cuma agak terlampau manis topping durian nye. (Nama pun desert sure la manis kan? cehh) 

Suapan yg pertama agak "Wow"..tapi bila masuk suapan ke 5 tekak mula rasa lain macam mungkin sbb topping durian yg terlalu manis. Maybe bagi penggemar makanan manis it will taste good. Cuma while makan ni Cik Ra standby mineral water la. So kurang sikit rasa muak.

Dengan harga RM 7.99 Cik Ra rasa ok la for a try. Rasa nye masih lagi sedap..Anak-anak pun suka. So for those yg nak try bole la try ye..especially for durian lovers. Mmg kuat rasa durian nye!



 

 


23 August 2017

Sebelum vs Selepas Berkahwin





Assalamualaikum semua!

Entry kali ni Cik Ra cuma nak share pandangan Cik Ra mengenai hubungan sebelum & selepas berkahwin ni.. Al maklumlah..selalunya drama2 melayu ni endingnye kahwin setelah mengharungi zaman bercinta yg penuh pancaroba. Acecewaah bermadah pujangga pulekk! Tapi sebenarnye dugaan & cerita sebenar kisah itu adalah bermula setelah kita berkahwin. Betul tak? Kehidupan selepas berkahwin lebih menarik & penuh liku2 yg perlu pasangan itu tempuhi. Selepas berkahwin jugalah kita akan tahu "True Colors" pasangan masing2.

Cik Ra citer ni bukan la bmksd selepas kahwin tu x seronok..xde manisnye..eh..lps kahwin la rasenye rasa SAYANG & CINTA tu lebih mendalam pd pasangan bbanding sblm kahwin..cewahhh

Ye la..selepas berkahwin la kita berkongsi semua perkara dengan pasangan kita. Susah senang suka duka semuanya harus bersama. Jujur Cik Ra katakan lepas Cik Ra kahwin ni semua benda Cik Ra nak buat mesti ada husband. Kalau keluar husband x ikot pun rasa macam x complete je! Haha Uwerkk

Tp bg Cik Ra selepas kahwin ni kita tafsir CINTA tu lebih dari sekadar perasaan cinta kekasih kpd kekasih. Kalau masa bercinta kita lebih kepada unt menyayangi & disayangi. Perlukan perhatian sepenuhnya drpd pasangan & mengharapkan hanya yg manis2 sahaja.  Tapi apabila berkahwin ianya lebih kepada KOMITMEN & JANJI..Ye CINTA itu masih wujud malah setelah berkawin kita terjemah CINTA itu lebih kuat berbanding sebelum berkahwin but it comes together with Commitment & Promises! 

Komitmen pada rumahtangga yg kita bina & juga cara bagaimana kita nak kukuhkan hubungan suami isteri. Selepas ada anak, komitmen unt membesarkan anak2 pula..Cik Ra rasa kehadiran anak2 sememangnya keseronakkan utama dlm rumahtangga Cik Ra. Tapi disebalik keseronokkan itu tersembunyi seribu cerita susah & senang juga dugaan yg perlu ditempuhi pasangan itu tempuhi.

Itu belum cerita kesusahan jika pasangan berdepan masalah. Samaada masalah kewangan, keluarga, pekerjaan, kawan2 atau mcm2 lagi masalah lain yg kadang2 membawa kepada "stress" sehingga mengganggu perjalanan rumahtangga. Ye la kdg tu balik dr kerja stress dgn kerja, sampai dirumah anak2 merengek nak itu ini. Wow mmg menguji kesabaran! Belum ditambah dengan kemahuan partner yg juga memerlukan perhatian.

 

Itu belum diselit dengan cerita2 sentap menyentap ni! Hehe adatlah dlm rumahtangga. Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula suami isteri! :) 

Setelah berkahwin juga kita terikat dengan JANJI.  Ya JANJI sebelum berkahwin supaya kita sama2 mengharungi susah mahupun senang. BERJANJI setia bsama pasangan kita. JANJI itulah yg setiap pasangan perlu ingat & pegang supaya rumahtangga kita akan sentiasa aman & bahagia. 



Macam berpengalaman sgt la Cik Ra ni bab2 berkahwin ni! Hahah 
Apa yg Cik Ra kongsikan ni hanyalah pandangan Cik Ra. Jika ada yg tersalah silap Cik Ra mintak maaf ye..

Nnt la kita sambung lagi..:)






.

21 August 2017

ATIEHILMI.COM FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH



http://www.atiehilmi.com/2017/08/atiehilmicom-first-giveaway-ukhwah-kita.html

ATIEHILMI.COM FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH

Best2 jugak hadiah nye! hehe jom same2 kita support ye :) 

Giveaway Blog Bycikrenex



http://renex89.blogspot.my/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html

Moh kita sama2 join!

Tarikh tutup penyertaan : 24 September 2017.

17 August 2017

"Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com"

Assalamualaikum
Hai korang. Kisahsidairy.com sedang mencari lebih 10 orang pemenang untuk memenangi Wang Tunai, Voucher, Top up dan barangan lain .Jom pakat Join Giveaway yang mudah ini.

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

Giveaway berlangsung bermula 16 OGOS sehingga 29 Ogos 2017

JOM JOIN GIVEAWAY NI BERAMAI-RAMAI, PAKAT SHARE UNTUK MEMERIAHKAN LAGI GIVEAWAY INI.


Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com






Assalamualaikum dan salam sejahtera


Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com bermula pada jam 12.00 malam 10 Ogos 2017 sehingga 11.59 malam 30 Ogos 2017. Menawarkan pelbagai hadiah yang lumayan dan menarik untuk dimenangi oleh para peserta.
Semua blogger dijemput untuk menyertai giveaway ini.

Syarat - syarat :-
  • Follow Blog Sponsor

  • Like Fanpage

  • Add To Circle Sponsor
  • Follow Instagram Sponsor

  • Follow Twitter Sponsor
  • Buat entri bertajuk Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri.
  • Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI



17 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada
1 September 2017


Sekian , terima kasih




16 August 2017

"TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY"




GA Tengkubutang

Assalamualaikum semua! 

Jom kita semua join GA ni ye..Mne tau rezeki..hehe

GIVEAWAY terbuka kepada semua rakan blogger di Malaysia. GIVEAWAY bermula pada hari ini, 08hb Ogos 2017, iaitu tepat jam 01.20 tengahari sehingga 31hb Ogos 2017 (jam11.59 malam).



15 August 2017

"Giveaway by LZ"



http://ladyinredplanner.blogspot.my/2017/08/jom-sertai-giveaway-by-lz.html
Assalamualaikum semua!
 
Jom reramai join GA ni ye!
 
Due Date - 31 Ogos 2017
 
Nak tahu apa hadiah nye? Wow wow wow klik je banner atas tu ye :)
 
"Pendapat Mengenai Blog Lady In Red Planner"
 
"Elegant & Compact" 
Susun atur blog yg simple & bersih + Info & sharing yg berguna!  

Terim Kasih!
 
 

08 August 2017

Anak Lambat Bercakap

Assalamualaikum semua. 

Lama rasanya tidak berkongsi entry baru di blog ni. Berhabuk sudah! :) 

This time saya nak share pengalaman sendiri anak pertama saya yg mempunyai masalah lambat bercakap. 




Tidak seperti kanak-kanak biasa lain kebolehan Aisyah untuk bertutur dan berkomunikasi dengan orang lain adalah agak lewat. Ketika saya menulis entry ini dia berusia 3 tahun 7 bulan. 

Saya dan suami perasan akan kelemahan ini ketika Aisyah berusia 2 1/2 tahun. Pada usia ini saya lihat kanak-kanak lain sudah mula bercakap dengan perkataan2 yg mudah walaupun pelat. Jumlah perkataan juga sudah seharusnya mencecah lebih daripada 10 perkataan. 

Tetapi Aisyah bukan sahaja tidak boleh menggunakan perkataan yg mudah malah juga masih tidak bole memanggil saya "Ibu". Ya, pada mulanya memang agak risau akan perkembangan dia. Tetapi sedapkan hati jugak bila family mertua & bapa saya sendiri kata "mungkin dia ni jenis yg lambat bercakap". 

Jika dia memerlukan sesuatu seperti nak susu atau nak makan dia hanya akan menunjukkan sign seperti letakkan jari ke mulut bermaksud dia mahu susu. Sudah banyak kali diajar tetapi dia hanya akan diam & angguk apa yang kita ajarkan. Memang pada mulanya agak stress & tertanya-tanya kenapa anak saya begitu? Anak orang lain elok je bercakap? 

Tapi saya silap..saya tidak harus sama sekali bandingkan anak saya dengan orang lain. Masing-masing ada kelebihan & kelemahan mereka sendiri.

Walaupun sudah bermacam cara & kaedah pembelajaran yg kami google & tanya pada orang yg lebih arif untuk pastikan Aisyah bercakap tapi kami masih gagal. 

Ketika usia Aisyah 2 tahun 8 bulan kami terjumpa ketulan di bahagian kelenjar Aisyah. Terus bawa dia ke klinik & doktor rujuk pada pakar di Hospital Besar Ipoh. Alhamdulillah doktor kata ketulan itu adalah normal tetapi masih perlu dipantau.  Cuma doktor agak risau dengan masalah pertuturan Aisyah yg masih tidak boleh bercakap pada usia dia sekarang. Doktor tersebut telah rujuk Aisyah pada Pakar Pertuturan. 

Bermulalah aktiviti baru kami berulang alik ke Hospital Besar Ipoh bagi menghadiri sesi temujanji dengan pakar tersebut. 

Selepas beberapa ujian dilakukan pada Aisyah, pakar tersebut juga risau akan masalah ini & Aisyah perlu teruskan rawatan ini lagi. Aisyah tidak bercakap apabila ditanya & hanya mengangguk kan kepalanya. Tetapi kelebihan Aisyah adalah dia aktif bermain & berinteraksi dengan orang lain walaupun tidak bercakap dalam bahasa kita. Dia mempunyai bahasa dia sendiri yg hanya dia sahaja yg faham. :)

Sehingga usia Aisyah mencecah 3 1/2 tahun barulah dia sikit demi sedikit mahu bercakap. Walaupun masih pelat tetapi banyak perkataan baru yg wujud darinya. Dia sudah pandai membina ayat sendiri & juga sudah pandai mengadu itu & ini. Alhamdulillah. Doktor menasihati kami supaya Aisyah sekolah lebih awal supaya dia bercampur dengan kanak-kanak lain bagi merangsang Aisyah untuk berkomunikasi. Inshaallah usia dia 4 tahun kami akan masukkan dia ke sekolah bagi tujuan ini.

Ya. memang benar. Ada istilah "Lambat Bercakap" ini. Sekarang kami lebih banyak merangsang Aisyah dengan banyak perkataan baru. Walaupun selalunya reaksi dia seperti "Ha? Ha? Ha?" Kami tetap akan ulang perkataan tu banyak kali sampai dia faham & boleh sebut. Kalau dulu diajar 1 perkataan pun dia tak nak buka mulut kini dia lebih mudah. 

Alhamdulillah. Perkembangan dia semakin positif dari hari ke hari. Selepas dia ada adik ni barulah nampak perkembangan yg drastik daripada dia. Semoga Aisyah membesar dengan sempurna & sihat. 

Jadi pada ibu bapa yg mempunyai anak seperti saya, jangan terlalu risau ye. Tetapi jika anak anda mempunyai masalah lain yg anda perasan, segeralah berjumpa dengan pakar. Mereka banyak membantu dalam menasihati terutama pada ibu bapa muda yg tidak mempunyai pengalaman lagi membesarkan anak.

Sampai disini sahaja.

Assalamualaikum :) 

   













Dapa 

21 May 2017

Gusar Sang Ibu





Ketika ku menulis tulisan ini..umurku 28 tahun. Punya suami penyanyang juga anak-anak yang sihat & comel; masing-masing berumur 3 tahun dan seorang lagi baru menjangkau 10 bulan. 

Selalu bermain difikiranku tika malam hari sunyi..sebak dihati melihat anak-anak yang sedang nyenyak tidur. Walaupun penat seharian menjaga mereka tetapi saat ini lah akan pasti aku rindu suatu hari nanti. Aku pasti ibu-ibu lain diluar sana juga berkongsi perasaan yang sama denganku. Saat sebelum tidur melihat anak-anak tidur juga saat bangun pagi secara senyap- senyap supaya anak tidak terbangun dari lena mereka. Itulah ibu. 

Pernah aku terfikir..sehingga menitiskan air mataku..Sanggupkah anak-anakku menjagaku saat aku sudah tidak bisa bangun dengan sendiri..saat aku tidak lagi mampu untuk menguruskan diriku sendiri..Jika ditakdirkan Allah nyawaku tidak sampai ke tahap itu mungkin perkara lain yang perlu aku risaukan..tetapi jika umurku panjang..sanggupkah mereka? Hanya Allah Maha Mengetahui..

Sekarang..anak-anak masih kecil..rumah dipenuhi tawa juga tangisan mereka..kadang kala mereka memanjat, bermain, berlari, terjatuh dan akhirnya menangis kembali..meriah nya rumahku. 

Si kakak..jika disuruh sayang akan dicium-cium pipiku & suami.. Akan sentiasa memeluk jika diminta..akan sentiasa memegang tanganku saat berjalan..dan paling seronok apabila melihat betapa gembiranya mereka jika si bapa menghadiahkan permainan baru. Semua kenangan ini pasti akan terpahat dalam hatiku suatu hari nanti. 

Si adik pula..jika tidak nampak ibu walaupun seminit sudah tercari-cari ibu sambil menangis..Walaupun adik sering tidak sihat sejak kebelakangan ini..ibu tetap tidak jemu menjaga adik siang dan malam walaupun ibu terpaksa korbankan waktu tidur ibu..

Aku sedar..semua ini hanyalah pinjaman daripada Allah..Semuanya bersifat sementara. Aku sedar suatu hari nanti aku bakal kehilangan semuanya. Aku bakal tinggalkan semuanya. Rumah yang kini riuh rendah akhirnya akan sunyi sepi..rumah yang kini penuh gelak tawa akan semakin hari semakin hilang serinya..Bersediakah aku untuk menghadapinya? Allahuakbar..

Anak-anak Ibu..
Suatu hari nanti..Ibu pasti akan tinggalkan kamu seperti mana mak ibu tinggalkan ibu..Saat itu..ibu cuma mahu kamu tabah & berdoalah untuk ibu..sempurnakanlah segera jenazah ibu & hiduplah dengan akhlak & iman yg mulia. Cuma itu yang ibu harapkan. Ibu sentiasa mendoakan anak-anak ibu dikurniakan kesihatan yang baik juga pegangan iman yang kuat buat bekalan di Sana. Inshaallah 

Ibu harap..
Suatu hari kelak..tika kamu sudah dewasa..janganlah kamu malu untuk memeluk ibu..janganlah kamu malu untuk mencium pipi ibu..Ibu akan sentiasa menunggu doa dari anak-anak ibu😢

Ibu sayang semua..


Love
Ibu 
21 May 2017
5.14 PM

15 February 2017

Pengalaman Bersalin Anak Ke 2

Assalamualaikum wbt..

Alahai..lame betul rasanye tak update blog ni..berhabuk dh :(
Gara-gara penangan dek macam-macam hal dr zaman mengandung anak ke 2 smpai proses bersalin..berpantang & now sesi nak besarkan je la si comell tu..hehehe

Memandangkan saya baru lepas bersalin which almost 6 months ago..nak story sikit la experience kelahiran kali ke 2 ni..Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya..
Due bersalin sepatutnye 19 Ogos 2016..Tapi maybe si kecik nak celebrate birthday sekali dgn ibunye maka lahirlah dia pada 27 Julai 2016 sehari selepas hari lahir saya.

Alkisahnye bermule..aceceh..sbnrnye tulis entry ni sbb nak bg bdk2 ni baca bila depa dah besar nnt :) 

25 Julai 2016
Bangun pg2 tengok dah keluar tanda (spotting)..Tapi langsung tak rasa sakit. Sebelum ni pernah jd jgak tp buat rilek je xnak p hospital..(jgn tiru aksi ni ye mommy2) Ni 2nd time keluar darah. Then bagi tahu suami..Reaksi dia " Ha dah nk bersalin ke? Then saya ckp xde pape kot..awal lg ni..due lg 2 3 minggu..

So suami pergi sekolah mcm biase..Tp dia pesan anything terus call dia. Ok check lg dlm pukul 10 pg still ade darah..tanya kakak mcm mne? nak kne p hosp ke? Dia advice suruh pergi hospital jgak sbb risau anything happen. Then call suami..ckp nk p hosp sbb risau..Dia pon laju la balik immediately. Nasib baik sek dgn rumah around 10 minutes je..En suami pny la excited nak dpt anak bgtau anak2 murid dia isteri dia dh nak bersalin. Haha bdk2 syok la kot sbb kelas cancel! Hahaha

Call jugak abah bagi tahu rasanye dah nak bersalin..sbb dh turun tanda..Abah pon pelik sebab katanye lambat lagi..hehe nak buek camano..hehe

Then suami sampai rumah..siap semua ambik beg saya & baby..sempat p lunch dlu tp alahai tekak dh x boleh nak telan ape pun dah sebab cuak nak mampuih !!

Lps mkn terus p hospital (wad bersalin) Hospital Tapah. Nurse cek buku pink katanye still tak cukup bulan. Lagi 4 hari nak cukup 37 minggu. Kalau ade bukaan depa terpaksa refer Hospital Teluk Intan (HTI). So mulalah sesi seluk menyeluk..baru bukak 1 cm. Petang tu terus kena refer HTI sebab tak cukup bulan. Naik ambulan yg lajunye memang boleh buat org lg cepat nak beranak..haha

Sampai di HTI doktor seluk lg & bukaan baru 2 cm..Tp bacaan blood pressure tak cantik. Tinggi. Kalau tak silap atas 169 bawah 110.. Hehe doktor suruh rileks & jgn nervous..Masa tu still rileks sebab dh ade pengalaman bersalin dulu tu. Tp tak tau knp even dah mkn ubat darah tinggi pun bacaan still lebih kurang macam tu. Masih lambat nak bersalin so admitted ward dulu sehingga doktor pakar review balik esok nye

26 Julai 2016

Selamat Hari Jadi Farah Munirah!! Hehe kali ni birthday paling bermakna sebab celebrate dlm ward. Takpe lah sebab hadiah hari jadi kali ni la paling bermakna. Pagi tu doktor pakar dtg melawat.. Doktor bagi tahu saya ada "Pre eclampsia" di mana mereka terpaksa masukkan ubat unt paksa baby unt keluar atas masalah tersebut (induce). Saya pun tak sure adakah sebab saya makan banyak durian minggu tu menyebabkan tekanan darah saya naik atau sebab lain wallahualam..Saya elaborate lain ye mengenai Pre eclampsia ni kat entry akan dtg ek..

Maka berehat lah saya 1 hari dalam wad menunggu esoknye yg akan di induce..hehe gabra nye tuhan je tau la..

27 Julai 2016
Seawal 5 pg dh dkejutkan oleh nurse unt bersiap..mandi & solat subuh..juga saya sertakan solat hajat moga dmudahkan segala urusan hari ini..solat taubat juga tak tinggal smoga Allah sentiasa ampunkan sgala dosa2 saya..pg yg sgt syahdu :(

Ditolak ke labour room jam 6.45 pagi..
Masa ni sarapan pun dh tak lalu..cme sblm msuk labor room makan roti kek mnum air milo dgn kurma yg dh suami sediakan..alhamdulillah btenaga jgak la pg ni..dan bharap agar proses bersalin x ambik masa yg lama supaya tenaga kekal ade.

7.30pg doktor dtg unt cek..bukaan masih 2 cm..dia pun insert ubat unt bukak jalan supaya bersalin. 15 minit lps tu stil bole bjln keluar labour room unt jumpe suami..even dh rse sakit skit2..jumpe la dlm 5 mnit pastu msok blk labour room..dlm jam 8 lbh kot keluar lg unt jumpe abah & adik bradik yg dtg..mse ni mmg dh rse sakit & darah dh penuh kat kain..nurse dh x bagi keluar sbb risau pengsan. Ye la tekanan drh x brape elok mcm2 bole jd..nurse suggest baring je kat atas katil.

Oleh sbb dh x tahan sakit sgt nurse bg ubat tahan sakit. Kurang sakit tu x jgak tp mengantuknye amboi bkn main..dlm sakit2 bole tidur lg..tjga bile contraction kuat je. Dlm pukul 12 lebih terasa sakit sgt2..bangun & duduk kat atas katil. Ni kat 1st stage labor room. Kalau dh bukaan 4cm baru masuk 2nd stage room.

Rase nak meneran sgt2 dh time ni..tak lame lps tu air ketuban pecah & bagi tahu doktor.. Depa pun siap peralatan smua nak cek bukaan. Hehe doktor baru nk seluk saya dh teran 2 kali terus baby keluar..kelam kabut jgak la mse tu sbb x prepare unt sambut baby lg.

Alhamdulillah jam 12.25tghari keluar lah baby boy bernama Muhammad Hariz..
Terima kasih Allah..

Terima kasih pada semua yg membantu sebelum semasa & selepas proses bersalin ni..

Tq juga kpd suami yg sanggup ulang alik 3 4 kali sehari dr tapah road ke teluk intan selama sminggu sy di hosp ni..dgn penat jga kakak aka Aisyah yg mse tu belum faham ape yg jadi.

Terima kasih kpd keluarga saya..Abah Min Yah She Wahidah & Aidid yg mendoakan & membantu semasa proses berpantang..Keluarga mertua Mak Abah Kak As Yop Wani Pozi Suhana & Azeri yg sama2 mnjga & byk bg moral support..

To all doctors & nurses Hospital Tapah & Teluk Intan yg handle case saya..TQ So Much! Layanan alhamdulillah mmg baik.

Terima kasih jga kpd pembaca yg sudi bc entry saya kali ni..
Doakan smoga keluarga saya snts sihat & dilindungi Allah Taala.

Nak belanja sikit gambar si kecik ni..hehe





Sekian
Wassalam

 


 
   

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faranina Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign