12 October 2017

Resepi Kek Buah Kukus Sedap

Assalamualaikum semua!

Sejak beberapa hari ni asyik teringat kan kek buah yg pernah Cik Ra buat lama dulu..haha bertahun jugak la tak buat kek buah ni.

Memandangkan bapak Cik Ra suka jugak kek buah ni so Cik Ra gagahkan kan buat jugak la. Bapak Cik Ra ni suka nak kudap2 makan masa menonton TV..So seronok kan hati dia sikit la..kikiki

Macam biasa yg banyak membantu Cik Ra untuk projek kek buah ni adalah MR Google. hahaha..dulu Cik Ra gunakan khidmat resepi daripada blogger terkenal Azie Kitchen..Memang selalu gunakan resepi dr blog Azie Kitchen sbb kebanyakkan resepi yg Cik Ra follow alhamdulillah menjadi..Terima Kasih ye puan Azie..

Kalau ada yg nak jenguk2 resepi Kek Buah Kukus bole la klik sni ye RESEPI KEK BUAH KUKUS SEDAP

Kali ni Cik Ra buat separuh adunan saje memandangkan butter cume ade sedikit di rumah..Cik Ra ubah sikit2 je dari resepi asal ikut selera tekak Cik Ra.

 Sebelum dikukus

 Hasilnya...

RESEPI KEK BUAH KUKUS

250g butter
2 cawan gula (kalau nak kurangkan pun bole)
1/2 cawan air sejuk
1 sudu kecil esen vanila
200g buah campur
3 biji telur gred B
1/2 cawan minyak jagung

Bahan ayak
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu cream of tartar

CARA-CARA

1) Masuk kan gula & air sejuk ke dalam kuali. Jadikan gula hangus. Gunakan api kecil

2) Setelah gula menjadi gula hangus masukkan butter & biarkan mencair.

3) Masukkan buah campur & kacau sebati. Ketepikan sehingga sejuk (Cik Ra tak dan nak tunggu betul2 sejuk dah sebab nak cepat) hehe

4) Masukkan bahan ayak ke dalam bancuhan gula tadi. Gaul rata.

5) Pukul telur dengan whisk sehingga telur kembang

6) Masukkan telur ke dalam bancuhan tadi.

7) Masukkan minyak & esen vanila

8) Kukus dengan menggunakan api sederhana selama 2 jam. Boleh la dihidang bersama teh panas..wow memang best! Jika mahukan kek buah yg lebih tahan lama & kering boleh la dikukus lama sehingga 3-4 jam.

Cik Ra paling suke kek yg dikukus sebab jarang tak jadi kalau dimasak..hehehe dan paling best adalah mudah & tak renyah. Maaf la ye..Cik Ra tak letak topping ape2 pun sebab bapak Cik Ra lebih gemarkan yg kosong sahaja..

Selamat Mencuba!












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faranina Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign